Industri ikan air tawar negara berpotensi ke pasaran antarabangsa

Iklan
Ronald (kiri) dan Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Haslina Abdul Hamid menyempurnakan pelepasan benih ikan air tawar, pada Khamis.

PUTRAJAYA- Industri ikan air tawar negara berpotensi besar untuk meneroka pasaran antarabangsa.

Iklan
Iklan

Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, akuakultur merupakan antara yang difokuskan dalam Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0).

"Kita banyak mengeluarkan ikan dari laut dan mempromosikan pembangunan akuakultur dalam DAN 2.0," katanya.

Iklan

Menurutnya, bentuk muka bumi negara yang kaya dengan sumber air juga menjadi pendorong kepada usaha tersebut.

"Kita mempunyai air, tasik dan sungai yang boleh diusahakan untuk membangunkan industri air tawar," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pelepasan pelbagai benih ikan dekat sini, pada Khamis.

Iklan

Sebanyak 1.85 juta ekor benih ikan bernilai RM900,000 dilepaskan ke perairan umum di seluruh negara secara serentak dengan majlis perasmian tersebut.

Ronald melihat produk ikan air tawar yang dijadikan satu hidangan lazat.

Antara benih ikan yang dilepaskan adalah kelah, temoleh, lampam sungai, baung, terbuka, siakap dan udang galah.

Beliau berkata, program pelepasan benih itu memberi kesedaran orang awam terhadap kepentingan memulihara ekosistem perikanan darat untuk generasi akan datang.

"Pada masa sama, kita galakkan promosi ikan air tawar sebagai produk yang boleh diangkat, diketengahkan ke hadapan sekaligus menggalakkan penglibatan pelbagai pihak menceburi subsektor tersebut.

"Saya yakin ia boleh dipromosikan di pasaran antarabangsa," katanya.

Dalam pada itu, penyanyi tersohor, Datuk Jamal Abdillah diangkat sebagai Duta Konservasi Jabatan Perikanan Malaysia (DOF).

Pelantikan Jamal itu sebagai salah satu usaha mempromosikan sektor akuakultur dengan lebih rancak.