MOSCOW - Pihak penguat kuasa peraturan media Rusia telah mengehadkan akses Google News ke negara tersebut yang didakwa menyiarkan maklumat palsu mengenai serangan Rusia di Ukraine, lapor agensi berita Rusia pada Rabu.
Keputusan itu diambil berikutan permintaan yang dibuat oleh Pejabat Pendakwa Raya Rusia, menurut kenyataan pihak penguat kuasa peraturan media di negara berkenaan, Roskomnadzor.