Beri penghargaan OKU cemerlang

Iklan
Zulkhairi Zainal Abidin

KUANTAN - Selaras dengan dasar Orang Kurang Upaya (OKU) dalam memberi pengiktirafan kepada golongan istimewa tersebut, Kerajaan Pahang berhasrat untuk memberi penghargaan kepada golongan OKU yang berjaya mencapai kejayaan dalam kehidupan.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, Zulkhairi Zainal Abidin berkata, pihaknya bercadang untuk menamakan anugerah tersebut sebagai Tokoh Orang Kurang Upaya Cemerlang dalam memberi penghargaan kepada OKU yang cemerlang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, penghargaan ini juga bakal membuatkan mereka berasa gembira dan bangga kerana akan disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Berjaya Megamall Kuantan pada 13 April depan.

"Kita telah meletakkan beberapa syarat iaitu calon OKU mesti berdaftar dengan JKM dan haruslah bermastautin di negeri Pahang.

Iklan

"Dan yang paling penting mereka mestilah cemerlang sama ada dalam bidang akademik, kerjaya, sukan ataupun penglibatan dan sumbangan mereka kepada masyarakat," katanya di sini hari ini.

Zulkhairi berkata, borang pencalonan boleh didapati di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah seluruh Pahang dan boleh dimuat turun di Laman Sesawang Portal Rasmi JKM.

Iklan

"Untuk maklumat lanjut, calon boleh menghubungi OKU JKMN Pahang dengan petugas kita, Suryani Mohamad (09-5650252) ataupun Wan Norazlina Wan Aziz ( 09-5650260)

"Sekiranya berminat, boleh mengisi borang pencalonan dan dihantar kepada di alamat Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang, Lot A27 & A29, Sri Kuantan Square, Jalan Teluk Sisek, 25050 Kuantan dan tarikh tutup penyertaan sebelum 1 April depan," katanya.