Singapura, Malaysia sepakat sudah tiba masa buka sempadan

Iklan
Tangkap layar Twitter Sien Leong.

PUTRAJAYA - Singapura-Malaysia bersepakat sudah tiba masanya untuk kedua-dua negara membuka semula sempadan darat.

Menerusi ciapan di Twitter, Perdana Menteri Singapura, Lee Sien Leong berkata, kedua-dua pihak menunjukkan pencapaian baik dalam pengurusan pandemik Covid-19.

Iklan
Iklan

"Butiran lanjut akan diumumkan kemudian," katanya yang turut memuat naik sekeping gambar sedang menghubungi dan bercakap dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Malaysia berada dalam fasa persiapan akhir pembukaan sempadan negara yang dijadual pada 1 April ini.

Iklan
Iklan