PPSAR minta kerajaan Kedah ambil perhatian cadangan Mukhriz

Iklan
Mohamad Faiz

ALOR SETAR - Persatuan Pengetua Sekolah Agama Rakyat Negeri Kedah (PPSAR) menyambut baik cadangan Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengenai kebajikan sekolah-sekolah agama rakyat yang perlu diambil perhatian oleh kerajaan negeri.

Setiausaha Persatuan Pengetua Sekolah Agama Rakyat Negeri Kedah, Mohamad Faiz Mohd Taib berkata, cadangan itu dilihat mampu menjaga kebajikan sekolah-sekolah agama rakyat yang sudah kritikal khususnya dari segi kewangan ketika ini.

Iklan
Iklan

"Pihak persatuan memohon Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhamad Sanusi Md Nor dan barisan kepimpinan dapat memberikan sepenuh perhatian dan pertimbangan sewajarnya terhadap cadangan terbabit.

" Ini juga adalah salah satu usaha untuk kita bersama-sama memelihara pendidikan agama Islam melalui sekolah-sekolah agama rakyat di negeri ini," katanya dalam kenyataan, pada Khamis.

Iklan

Mohamad Faiz berkata, pihak persatuan juga terbuka dan sedia untuk berbincang dengan kerajaan negeri berkaitan isu-isu berbangkit bagi memartabatkan institusi pendidikan agama.

Dalam sesi perbahasan pada Selasa, Mukhriz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra menzahirkan kerisauan keadaan sekolah agama rakyat yang dihimpit beban kewangan disebabkan tunggakan yuran sehingga RM100,000 sepanjang pandemik.

Iklan

Susulan itu, beliau mencadangkan beberapa inisiatif antaranya kuota guru lantikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) ditambah bagi mengurangkan beban yang ditanggung sekolah selain guru lantikan sedia ada disahkan jawatan atau sekurang-kurangnya dilantik sebagai guru kontrak.

Selain itu, Mukhriz mencadangkan semua pengetua dilantik sebagai guru JHEAIK bagi menjaga kebajikan mereka yang bertungkus-lumus agar pelajar-pelajar terus mendapat pendidikan agama secara lebih tersusun.