Pemandangan dari dalam Gua Pari-Pari (Fairy Cave). Gua tersebut merupakan sebuah gua batu kapur dan terletak kira-kira 40KM di Krokong, Bau, di Sarawak. Sebelum masuk ke dalam gua, pengunjung perlu menaiki anak tangga kerana pintu masuk untuk ke gua tersebut amat tinggi. Selain itu, Gua Pari-Pari (Fairy Cave) sering menjadi pilihan utama bagi penggemar sukan lasak seperti mendaki batu 'rock climbing'. Kehadiran pelancong terutama daripada luar negara dijangka bertambah dan kembali rancak dengan pembukaan sempadan negara pada 1 April ini. Dengan pembukaan sempadan negara tidak lama lagi kepada pelancong yang telah menerima vaksinasi lengkap, negara dijangka dapat mengawal penularan Covid-19 dengan lebih efektif dan sektor pelancongan negara dapat dipulihkan serta menjana pendapatan negara. - Foto Bernama
Gua Pari-Pari
Iklan