Kutip dana penuhi keperluan sekolah anak asnaf

Iklan
Sabri Azit

GUAR CHEMPEDAK - Pas kawasan Jerai menyeru pihak yang berkemampuan untuk menyumbang wang bagi menyediakan keperluan persekolahan untuk pelajar terpilih.

Ahli Parlimen Jerai, Sabri Azit berkata, ini adalah program tahunan Pas Jerai bagi membantu anak-anak yatim dan juga asnaf.

Iklan
Iklan

Katanya, kepimpinan Pas kawasan juga turut menyumbangkan wang dan pihaknya berharap lebih ramai yang tampil.

"Dana ni kita kutip untuk bantu pelajar miskin, anak yatim bagi membolehkan mereka mendapat keperluan sekolah yang baru pada tahun hadapan," katanya.

Iklan

Katanya, Pas Jerai cuba untuk mengumpul dana bagi memastikan kira-kira 240 pelajar terpilih menikmati manfaat daripadanya.

Sabri berkata, penyerahan bantuan berkenaan akan dilakukan pada 21 Desember jam 2 petang di Pejabat Pas Jerai. Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian ke akaun Bank Islam 02084010001166 atas nama Pas Kawasan Jerai.

Iklan