Kebocoran sisa toksik di makmal JAS

Iklan
Anggota bomba ketika melakukan penyahcemar di lokasi kejadiaan, di sini, hari ini.

JOHOR BAHRU - Seorang mangsa dikejarkan ke hospital dipercayai akibat terhidu bahan kimia dalam satu kejadian kebocoran sampel sisa toksik di makmal Jabatan Alam Sekitar (JAS), di sini, hari ini.

Ketua Operasi dari Unit Bahan Merbahaya (Hazmat) Johor, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Hairinizam Mostapa berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 4.28 petang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, operasi itu kemudiannya telah melibatkan seramai sembilan anggota bersama tiga jentera.

"Kami menerima panggilan daripada JAS yang memaklumkan terdapat kebocoran sampel sisa toksik di makmal mereka di Jalan Pertama, Pusat Perdagangan Utama, Skudai.

Iklan

"Dimaklumkan, kejadian turut mengakibatkan seorang mangsa pengsan, yang mana telah dihantar orang awam sebelum ketibaan pihak bomba," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Difahamkan, mangsa yang masih belum dikenal pasti identiti dan jantinanya itu sedang bertugas ketika insiden berlaku.

Iklan

Hairinizam berkata, arahan pengosongan bangunan telah dikeluarkan sejurus menerima laporan bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

Katanya, Unit Hazmat juga telah digerakkan membuat penyahcemar dan operasi kekangan terhadap sisa toksik itu dari merebak.

"Mengenai bahan ini, kami masih belum dapatkan butiran lanjut, siasatan masih lagi dijalankan," katanya.