Rina perlu adakan dialog sebelum perkenal polisi baharu Taska: Hannah

Iklan
Hannah Yeoh

SHAH ALAM - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun digesa untuk lebih kerap melakukan libat urus dan berdialog dengan pemegang taruh terlebih dahulu sebelum memperkenalkan polisi baharu yang mendatangkan impak besar atau negatif.

Gesaaan itu dibuat oleh bekas Timbalan Menteri KPWKM, Hannah Yeoh selepas timbulnya arahan terbaru Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dikenakan terhadap Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) di rumah.

Iklan
Iklan

Hannah mendakwa, arahan terbaharu agar Taska di rumah mendapatkan kelulusan dengan mematuhi syarat mendapat sokongan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan bomba tidak pernah dibincangkan.

Rina - Foto Bernama

"Arahan ini tidak pernah dibincangkan antara pihak Kelab Rekreasi Pengasuh Malaysia (KRPM) atau pengusaha Taska di rumah bersama Menteri dan Timbalan Menteri KPWKM.

Iklan

"Pengusaha dikehendaki beroperasi di rumah lot hujung dan kebanyakan Taska di rumah beroperasi di kediaman sendiri yang dibeli atau disewa.

"Malah syarat kelulusan supaya pengusaha memasang tangga keselamatan di luar rumah atau kediaman yang disewa juga mustahil dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan

Hannah yang merupakan Ahli Parlimen Segambut mendakwa, arahan terbaru ini telah menyebabkan kekeliruan, tekanan perasaan dan kewangan sehingga membebankan pengusaha.

Jelasnya, proses libat urus bersama pemegang taruh dalam industri pendidikan dan penjagaan awal kanak-kanak adalah elemen terpenting dalam menjayakan polisi yang tepat dan berkesan.

"Jika keputusan sebegini penting dibuat tanpa libat urus dengan pemegang taruh, apa yang Menteri Rina Harun lakukan selama ini?

"Saya menggesa beliau segerakan perjumpaan dengan para pengusaha Taska yang sudah tidak mampu bertahan lagi dalam era pasca Covid,” tegasnya.