BALIK PULAU - Polis menahan seorang lelaki warga Myanmar berumur 38 tahun kerana disyaki cuba merasuah anggota polis yang mahu menyaman suspek kerana tidak memiliki lesen menunggang motosikal di pekan Kongsi, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan A.A Anbalagan berkata, dalam kejadian pukul 10 pagi itu, anggota polis berkenaan menahan penunggang motosikal itu dan pemeriksaan mendapati lelaki yang merupakan pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) itu tidak memiliki lesen memandu.