GENEVA - Seramai empat ahli sebuah keluarga warga Perancis maut setelah terjatuh dari balkoni tingkat tujuh di sebuah bangunan di bandar Montreux di Switzerland.
Menurut pihak berkuasa, mangsa adalah seorang lelaki berusia 40 tahun bersama isterinya juga berusia 40 tahun, pasangan kembarnya dan anak perempuan mereka berumur lapan tahun manakala anak lelakinya yang berusia 15 tahun terselamat.
"Remaja itu kini dirawat di hospital akibat kecederaan parah dialaminya," ujarnya.
Difahamkan, kejadian menggemparkan itu berlaku selepas kehadiran dua anggota yang membawa waran untuk ketua ahli keluarga tersebut berhubung persekolahan di rumah melibatkan salah seorang anak mereka.
"Pihak berkuasa mengetuk pintu rumah tersebut dan disahut suara yang bertanyakan siapa mereka. Selepas menjawab soalan itu, apartmen tersebut menjadi sunyi sepi," jelasya lagi.
Selepas gagal mendapat sebarang respons, mereka akhirnya meninggalkan bangunan itu.
Tidak lama kemudian, seorang saksi menghubungi polis dan melaporkan tentang insiden orang terjatuh.
Susulan itu, siasatan telah dilancarkan, namun pihak berkuasa percaya tiada kaitan perbuatan jenayah kerana dipercayai tiada individu lain di dalam apartmen tersebut. - AFP