Covid-19: 64 kematian baharu, 18 BID

Iklan
Gambar hiasan.

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 64 kematian baharu akibat Covid-19 pada Khamis.

Menurut data laman sesawang CovidNow, daripada jumlah tersebut, sebanyak 18 kes adalah kematian di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID).

Iklan
Iklan

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara ini disebabkan Covid-19 adalah sebanyak 34,664.

Sementara itu, bagi kategori BID pula, jumlah keseluruhan adalah sebanyak 7,302 kes.

Iklan

Laporan berkenaan turut memaklumkan bahawa purata sebanyak 26 orang daripada sejuta populasi kematian akibat Covid-19 di negara ini direkodkan bagi tempoh dua minggu lepas.

Perak menjadi negeri tertinggi purata kematian setakat ini dengan purata 59 kematian, diikuti Kedah dengan 49 dan Melaka (46).

Iklan

KKM turut merekodkan 24,316 kes baharu positif Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 4,079,242.

Dalam masa yang sama, kadar penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 58.4 peratus dan penggunaan alat bantuan pernafasan sekitar 34.9 peratus.