Ambrin hadir ke SPRM beri keterangan

Iklan
Ambrin tiba di lobi SPRM tepat jam 2 petang, hari ini.
PUTRAJAYA - Bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang turut hadir ke SPRM untuk memberi keterangan berhubung siasatan dakwaan pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB.

Beliau menaiki Proton Perdana V6 Hitam tiba di lobi SPRM tepat jam 2 petang.

Pada 26 November lalu beliau telah hadir kali pertama untuk memberi keterangan berhubung dakwaan tersebut.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad sebelum ini dilaporkan mengesahkan laporan akhir pengauditan 1MDB telah dipinda atas arahan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.