Mungkin terima mata wang tempatan, bitcoin bagi eksport minyak, gas

Iklan
Gambar hiasan.

MOSCOW - Rusia mempertimbangkan untuk menerima mata wang tempatan atau Bitcoin sebagai kaedah bayaran untuk eksport minyak dan gasnya, menurut seorang pegawai pada Khamis.

Pengerusi Jawatankuasa Tenaga Duma, Pavel Zavalny berkata, Rusia bersedia menjadi lebih fleksibel mengenai kaedah pembayaran terutama dengan negara seperti Turki dan China.

Iklan
Iklan

"Kami telah mencadangkan kepada China untuk beralih kepada mata wang dalam bentuk ruble dan yuan.Sementara itu, ia akan menggunakan lira dan ruble apabila berurusan dengan Turki.,” katanya.

"Anda juga boleh membayar dengan menggunakan Bitcoin,” katanya.

Iklan

Beliau berkata, negara yang mempunyai hubungan baik dengan Moscow juga boleh membeli gas asli menggunakan emas, lapor Agensi Anadolu.

Menyentuh mengenai keputusan Moscow mahu negara lain menggunakan rubel untuk membeli minyak dan gas, beliau berkata urusan penjualan gas asli dalam dolar atau euro menghadapi masalah akibat sekatan.

Iklan

Krisis Rusia dan Ukraine sejak 24 Februari, telah mengundang kecaman antarabangsa, membawa kepada sekatan kewangan ke atas Moscow dan mendorong firma global menghentikan operasi di Rusia. - Bernama