Unit K9, berkuda dan dron tingkat kawalan sempadan

Iklan
Shafien (tengah) memberi tabik hormat ketika hadir pada Sambutan Peringatan Hari Polis ke-215 Kontinjen Kelantan di Padang Kawad IPK Kelantan pada Jumaat. - Foto Bernama

KOTA BHARU - Kawalan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini terus diperketatkan dalam usaha membanteras aktiviti jenayah rentas sempadan menerusi penggunaan unit anjing pengesan (K9), unit berkuda dan dron.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, penggunaan aset itu akan berkuat kuasa hujung bulan ini selepas mendapat restu pucuk kepimpinan tertinggi pasukan.

Iklan
Iklan

"Apa yang kita lakukan ini adalah salah satu usaha memastikan sempadan negara sentiasa berada dalam keadaan ketat dan terkawal bagi sebarang ancaman termasuklah jenayah rentas sempadan," katanya selepas menyampaikan sijil penghargaan sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-215 Kontinjen Kelantan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Jumaat.

Shafien (kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada Ketua Wartawan Sinar Harian Kelantan, Hazelen Liana Kamarudin sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-215 Kontinjen Kelantan di pekarangan IPK Kelantan pada Jumaat.

Seramai 156 orang pegawai dan anggota polis menerima surat penghargaan termasuklah pengamal media di negeri ini.

Iklan

Menurutnya, pendekatan kawalan sempadan itu dibuat untuk tempoh jangka panjang dengan sentiasa membuat penambahbaikan dari masa ke masa.

Beliau berkata, antara isu sempadan yang sering dibangkitkan berkait dengan penyeludupan barangan kontraban, pendatang asing tanpa izin dan sebagainya.

Iklan

Shafien berkata, keselamatan sempadan sentiasa dipandang serius oleh polis Kelantan.

Katanya, mana-mana pihak yang terlibat dengan jenayah rentas sempadan akan dikenakan tindakan.