Bilangan ibu tunggal pasca pandemik di Selangor lebih tinggi

Iklan
Siti Mariah

SHAH ALAM - Bilangan ibu tunggal pasca pandamik di Selangor berkemungkinan lebih tinggi daripada anggaran terkini golongan itu di negeri ini.

EXCO Kesihatan Awam, Perpaduan serta Pembangunan Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, pada masa ini bilangan ibu tunggal di Selangor dianggarkan seramai 44,680 orang.

Iklan
Iklan

"Peningkatan itu mungkin disebabkan kadar perceraian yang meningkat akibat ketidakstabilan ekonomi keluarga kesan daripada kehilangan pendapatan ketika pandemik," katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat.

Beliau berkata, isu sistem sokongan wanita khususnya bagi wanita berkerjaya adalah sangat kritikal untuk dibincangkan pada masa ini.

Iklan

"Jika isu ini tidak diselesaikan ramai wanita yang akan terhalang untuk terus menyertai sektor pekerjaan yang tentunya sangat merugikan negara," ujarnya.

Sehubungan itu, Siti Mariah berkata, penganjuran Majlis Wanita Negeri Selangor (MANIS) bagi mengenal pasti isu dan cabaran yang dihadapi golongan wanita ketika negara berada dalam fasa peralihan kepada endemik.

Iklan

"MANIS yang julung kali diadakan pada tahun ini merupakan sesi libat urus awam yang pertama bertujuan bagi memperkemas dan menambah baik dasar wanita Selangor dan akan menjadi rujukan utama dalam merangka dan melaksana inisiatif dan program pengupayaan wanita di negeri ini," katanya.

Menurutnya, MANIS berjaya mendapat penglibatan daripada pelbagai pemegang taruh meliputi latar belakang, pengalaman dan bidang kepakaran yang sesuai dengan tujuh matlamat dan lima titik tumpu yang terkandung dalam dasar wanita Selangor.