DEK kerana terlalu sibuk bekerja dan tidak mengamalkan gaya pemakanan sihat, berat badan pelakon pujaan ramai, Zul Ariffin meningkat mencecah 102 kilogram.
Zul menerusi perkongsiannya di Instagram (IG) berkata, dia kini berusaha mendapatkan semula berat badan ideal dengan menjalani rutin senaman.
Pelakon J Revolusi itu mengakui, rutin yang dilakukan bukan semata-mata kerana mahu beraksi di layar perak, tetapi juga demi menjaga kesihatan diri.
"Setahun lalu, saya hanya menumpukan fokus kepada kerjaya dan tidak menghiraukan soal pemakanan. Tidur juga tidak betul dan saya tidak lagi ke gimnasium.
"Tiada siapa yang perlu disalahkan, kecuali diri sendiri. Semua tabiat negatif itu sudah dihentikan dan saya kini kembali menjalani rutin senaman setiap hari,” katanya.
Artikel Berkaitan