SHAH ALAM - Honor Malaysia (Honor) bakal membuat kemunculan pertama tahun ini dengan melancarkan empat produk mega yang menggambarkan statusnya sebagai kuasa besar dalam dunia pembuatan telefon pintar.
Honor dalam kenyataan memaklumkan, empat produk tersebut melibatkan model-model siri Honor X; Honor X9, Honor X8, dan Honor X7 berserta komputer riba versi baharu.
Tambahnya, slogan ‘Lagi Tahan Lagi Best’ menerusi video di Facebook mereka menandakan kemunculan sebuah telefon pintar yang tahan lasak dan tahan lama.
"Difahamkan Siri Honor X seperti yang ditunjukkan dalam video tersebut diuji kualitinya, malah melalui beberapa ujian seperti ujian tekanan ringan sebanyak 2,000 kali, ujian sesentuh pad 800,000 kali dan Ujian Tahan Karat Dengan Semburan Garam Berterusan 24 jam
"Semuanya demi memastikan setiap satunya lulus cabaran pengeluaran sebelum ke proses selanjutnya,” kata kenyataan itu pada Khamis.
Mengulas lanjut, Honor berkata, daripada segi prestasi, Honor X9 diuji dan lulus dengan cemerlang dengan kadar penuaan hanya 3.8 peratus selepas penggunaan selama 3 tahun.
Ia diuji dalam tempoh 36 bulan dan langsung tidak menunjukkan sebarang tanda lembab sekaligus memberi jaminan kualiti terbaik kepada pengguna.
"Kita imbas kembali empat tahun lalu dengan pelancaran Honor X8. Sehingga hari ini Honor memegang rekod 50,000 pengguna aktif, dengan maklum balas bernilai yang berkaitan ketahanan peranti.
"Angka-angka itu hasil daripada pelaburan besar Honor dalam kajian dan pembangunan (R&D) bagi menjamin kualiti dan jangka hayat peranti.
"Kami memahami adanya risiko yang bakal menanti jika tidak mementingkan kualiti,” ujarnya.
Tambahnya, Honor menjangkakan standard yang harus dicapai perlu selari dengan pengalaman pengguna dengan 600 standard kualiti berbeza meliputi setiap aspek reka bentuk, pembangunan, bahan-bahan, pengilangan dan kualiti lain.
Selain itu, sejak berdiri sebagai jenama sendiri, Honor menyusun semula struktur dalamannya dan berdiri gah melalui pelancaran Honor Magic V.
"Ia masih mendapat permintaan ramai walaupun harganya meningkat 40 peratus, diikuti siri Honor Magic4 selepas pelancarannya di MWC 2022, terus memantapkan kedudukannya dalam bidang telefon pintar flagship.
"Terima kasih kepada peningkatannya baru-baru ini, Honor dijangka menjadi salah satu tiga jenama telefon pintar premium terbesar,” jelasnya.
Sementara itu, Malaysia kini menantikan pelancaran Honor pada 29 Mac akan datang.
"Pelancaran produk baharu bertemakan"Ready To Go Beyond" pastinya sesuatu yang tidak boleh dilepaskan!
"Ini pastinya membuatkan ramai teruja dan di luar jangkaan rakyat Malaysia,” katanya.