RINGGIT mengakhiri minggu ini dengan lebih kukuh berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan risiko yang lebih baik seiring dengan prestasi baik di pasaran ekuiti.
Kata peniaga, dolar AS kelihatan berada dalam situasi terlebih jual dan sedikit susut dengan Indeks dolar AS (DXY) berada dalam suasana yang lebih baik yang berkaitan dengan risiko dan penurunan pembetulan ringan dalam hasil AS yang merentas lengkungan.
Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.2080/2110 berbanding dolar AS daripada 4.2240/2250 pada Khamis.
Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata, ia adalah pasaran pertukaran asing (FX) Asia yang sangat cerewet tetapi dengan aset sensitif risiko yang bertambah baik, terdapat keinginan yang lebih besar untuk mengambil keuntungan yang kurang nilai dalam pasaran FX Asia.
"Menariknya, ringgit telah bertambah baik apabila harga minyak jatuh kerana harga minyak yang lebih rendah melegakan tekanan inflasi. Tetapi saya fikir penurunan dalam pasaran saham keseluruhan dan turun naik pasaran kadar faedah sedikit sebanyak telah membantu.
"Terdapat persefahaman yang lebih baik bahawa kita mungkin telah mencapai tahap mesra Rizab Persekutuan tertinggi yang menawarkan ringgit sedikit ruang untuk bernafas,” katanya.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Unit tempatan meningkat berbanding pound kepada 5.5394/5434 daripada 5.5651/5664 pada Khamis dan menokok berbanding euro kepada 4.6305/6338 daripada 4.6426/6437 pada Khamis.
Ringgit juga menambah nilai berbanding yen kepada 3.4608/4633 daripada 3.4714/4725 dan bertambah baik berbanding dolar Singapura kepada 3.1021/1045 daripada 3.1107/1119 sebelum ini. - Bernama