Mangkuk Tingkat Tiffin

Iklan
Mangkuk tingkat jenama Tiffin JEiWA yang dipamerkan pada Hari Kraf Kebangsaan 2022 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

Penggunaan warna terang berkonsepkan elemen klasik dan tradisional seperti motif batik dan kebaya pada mangkuk tingkat keluli menjadikan bekas makanan warisan itu tampil lebih unik dan pastinya menawan hati sesiapa yang melihat.

Dihiasi lukisan tangan pelbagai corak dan motif melambangkan identiti seni budaya Malaysia menggunakan pewarna bebas toksik menjadikan bekas makanan yang juga dikenali sebagai 'tiffin' itu tampil lebih istimewa, tampak mewah dan tidak lapuk ditelan zaman. - Foto Bernama