KIEV - Penggubal undang-undang Ukraine pada Khamis mengundi untuk menghukum individu yang bersekongkol dengan Rusia dan bakal berdepan hukuman penjara sehingga 12 tahun.
Anggota Majlis Tertinggi Ukraine atau Verkhovna Rada mengundi secara besar-besaran untuk mengenakan hukuman 10 hingga 12 tahun bagi ‘aktiviti membantu negara penceroboh’.