Yilmaz umum gantung but

Iklan
Burak Yilmaz - Foto AFP

KAPTEN Turki, Burak Yilmaz mengumumkan persaraannya selepas kegagalan menyempurnakan sepakan penalti dalam perlawanan yang menyaksikan Ay-Yıldızlılar tewas 1-3 kepada Portugal dalam perlawanan playoff kelayakan Piala Dunia di Estádio do Dragão pada Jumaat.

Pemain berusia 36 tahun sebelum itu menjaringkan gol penalti di minit ke-65' pada separuh masa kedua untuk memberikan Turki harapan, namun mensia-siakan peluang menyamakan kedudukan 2-2 apabila sepakan penaltinya pada minit ke-85' melambung tinggi di atas palang.

Iklan
Iklan

"Sekiranya saya menjaringkan penalti, ia pasti sukar untuk Portugal. Hari ini (Jumaat) adalah perlawanan terakhir saya dengan pasukan kebangsaan.

"Perlu ada perubahan, sama seperti ketika saya mengambil cabaran bersama pasukan sebelum ini, sekarang sudah tiba masanya saya perlu menyerahkannya kepada rakan sepasukan lain dan menyokong dari luar.

Iklan

"Ia adalah keputusan muktamad yang dilucutkan dengan emosi. Satu yang diambil secara rasional. Perubahan ini perlu berlaku," kata Yilmaz

Untuk rekod, Yilmaz menjaringkan 31 gol dalam 77 penampilan antarabangsa bersama Turki termasuk mewakili negara itu di Euro 2016 dan 2020.

Iklan

Kali terakhir Turki layak ke pusingan akhir Piala Dunia adalah pada edisi Jepun dan Korea Selatan 2002, yang menyaksikan pasukan tersebut mengakhiri saingan di tempat ketiga di belakang juara Brazil dan naib juara Jerman.