Gagal undi Sosma tidak perlu jadi faktor batal MoU

Iklan
Wacana Sinar edisi ke 322 yang bertajuk 'Langgar MoU, PRU15 Menanti' pada Jumaat.

SHAH ALAM - Isu kegagalan kerajaan mengusulkan tempoh penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) di Dewan Rakyat pada Rabu tidak sepatutnya dijadikan faktor membatalkan Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan antara kerajaan dan pembangkang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin berkata, undi kerajaan pada Rabu itu masih memperlihatkan parti di bawah kerajaan tetap utuh.

Iklan
Iklan

Menurutnya, semua ahli Parlimen kerajaan yang hadir menyokong usul tersebut tetapi bilangan undi sahaja yang berbeza.

"Perkara ini tidak boleh jadikan sebab kenapa kena tolak MoU sebab itu saya lihat perkara ini tidak terlampau besar sehingga perlu mengeluarkan kenyataan 'selamat tinggal MoU'.

Iklan

"Mereka yang bersuara seperti itu ada niat lain tidak mahu MoU berterusan. Mereka ada matlamat supaya boleh teruskan dengan agenda politik,” katanya dalam Wacana Sinar edisi ke 322 yang bertajuk 'Langgar MoU, PRU15 Menanti' pada Jumaat.

Turut menjadi panel, Pakar Perlembagaan, Profesor Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz; Penganalisis Politik, Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani dan ADUN Merlimau, Dr Akmal Salleh, manakala Ismail Adnan sebagai moderator.

Iklan

Mengulas lanjut, Afif berkata, isu MoU bukan disebabkan pembangkang tidak tepati janji tetapi ada penghujahan kedua-dua belah pihak.

Menurutnya, Pembangkang sudah jelas memaklumkan bahawa ia tidak menggugat kestabilan kerajaan yang sedia ada.

"Dari segi sokongan mereka untuk meneruskan fungsi mereka sebagai kerajaan, pembangkang juga seperti itu, maka tidak timbul isu ketidak percayaan kepada Perdana Menteri.

"Sebab pada saya itu tidak sepatutnya menjadi alasan untuk melaksanakan Pilihan Raya Umum sekarang kerana kalau kita lihat 17 bulan sebelum itu Presiden UMNO (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) menyokong (Tan Sri) Muhyiddin menjadi Perdana Menteri dan pembentukan Perikatan Nasional.

"Tetapi selepas itu 15 orang keluar bahkan dalam 222 Parlimen itu mungkin hanya 15 sahaja yang mahukan PRU hari ini kerana pembangkang tidak mahu PRU sekarang,”ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kekalahan undi itu merupakan satu cara untuk ahli politik mendapatkan 'sesuatu' daripada situasi tersebut.

"Apabila buat pertama kali dalam sejarah negara pembangkang dapat mengalahkan kerajaan dalam undi di Parlimen ini satu sejarah.

"Dan bila-bila masa PRU akan berlaku dan memang itu yang sepatutnya kita lakukan mengembalikan balik kuasa kepada rakyat untuk mereka pilih kerana itu cara demokrasi dan itu setiap ahli politik kena terima,

"Cuma adakah mereka gunakan strateginya untuk PRU itu mesti berlaku sekarang atau kemudian, siapa patut pakat dengan siapa, khemah mana nak masuk, itu yang perlu dibincangkan dalam politik dalam kalangan seteru politik,” jelasnya.