MSC masih tunggu keputusan MOM

Iklan
Markiman

KRISIS antara Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dan Konfederasi Sepak Takraw Malaysia (MSC) dijangka menjadi antara agenda Mesyuarat Lembaga Eksekutif Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada Sabtu.

Pada 8 Mac lalu, Lembaga Eksekutif MOM memutuskan untuk terus mengiktiraf PSM yang kini diterajui Datuk Mohd Sumali Reduan sebagai salah sebuah persatuan di bawah naungan mereka.

Iklan
Iklan

Keputusan itu nyata mengejutkan MSC di bawah kepimpinan Datuk Suhaili Abdul Rahman memandangkan entiti baharu berkenaan telah mendapat ‘restu’ Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Lantas, MSC yang turut mendapat sokongan Pesuruhjaya Sukan (PJS) dan Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) berharap mereka secara rasmi menjadi ahli gabungan MOM yang sah.

Iklan

"Kami sudah membuat permohonan untuk menjadi ahli gabungan MOM pada 7 Mac lalu. Tetapi sehingga hari ini, kami masih belum menerima apa-apa keputusan berhubung permohonan itu.

"Saya harap permohonan ini diluluskan kerana kita akan menghadapi Sukan SEA dan Sukan Asia. Jadi keputusan segera harus dibuat,” kata Timbalan Presiden MSC, Datuk Markiman Kobiran kepada Sukan Sinar pada Jumaat.

Iklan