Ukraine musnahkan kapal bawa peralatan tentera Rusia

Iklan
Letupan dan kepulan asap akibat serangan tentera Ukraine di bandar pelabuhan Berdyansk pada Khamis lalu. - Foto Agensi

KIEV - Tentera laut Ukraine mendakwa berjaya memusnahkan kapal bawa peralatan tentera Rusia di bandar pelabuhan Berdyansk, pada Khamis lalu, kata beberapa pegawai negara itu.

Ia kemudian mengenal pasti kapal itu dengan nama Saratov pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Dalam laporan awal, kapal itu dikenali dengan nama Orsk.

Menurut angkatan bersenjata negara itu dalam satu kenyataan, sebuah kapal pendaratan besar Saratov telah musnah semasa serangan dilakukan ke atas pelabuhan Berdiansk yang diduduki tentera Rusia.

Iklan

Dalam serangan itu, kapal pendaratan besar Caesar Kunikov dan Novocherkassk turut mengalami kerosakan.

Kapal Saratov itu didakwa membawa bekalan kepada tentera Rusia.

Iklan

Satu rakaman video di media sosial menunjukkan letupan dan kepulan asap di pelabuhan tersebut yang terletak di selatan negara itu.

Rusia pernah berkata, bahawa ia menggunakan pelabuhan itu sebagai pangkalan untuk mengangkut peralatan untuk tenteranya.

Dalam pada itu, sehingga tengah malam 22 Mac lalu, Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia merekodkan 977 orang awam terbunuh dan 1,594 lagi cedera di Ukraine. - Agensi