UMNO Selangor pertaruh gandingan muka baharu, lama hadapi PRU15

Iklan
Noh (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada wakil masjid dan surau Parlimen Tanjong Karang di IPP Tanjong Karang di sini pada Jumaat.

TANJONG KARANG - UMNO Selangor bakal mempertaruhkan gandingan muka baharu dan lama dalam misi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, UMNO tidak ketandusan bakat pemimpin pelapis untuk diketengahkan sebagai calon parti itu.

Iklan
Iklan

"Kita memang ada calon muda, malah pilihan raya sebelum ini juga kita beri peluang kepada orang muda bertanding.

"Pandangan saya calon muda ini mesti ada supaya dapat mewujudkan kesinambungan kepimpinan masa depan," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Sumbangan kepada masjid dan surau Parlimen Tanjong Karang di Institut Pengurusan Peladang (IPP) Tanjong Karang di sini pada Jumaat.

Ditanya berapa peratus calon muka baharu ingin diketengahkan UMNO Selangor, Noh yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, perkara itu biarlah diputuskan pucuk pimpinan parti.

Iklan

"Kita memang ada kuota calon muda misalnya Pemuda dan Puteri UMNO berapa peratus yang akan kita tampilkan pada PRU-15 nanti.

"Saya yakin gandingan muka baharu dan lama ini merupakan formula terbaik untuk memastikan kemenangan BN terutama di negeri Selangor," jelasnya.