AS batal rundingan dengan Taliban di Doha

Iklan
Remaja perempuan sempat mengikuti kelas di sebuah sekolah menengah di Kabul sebelum ia diarah tutup semula pada Selasa lalu. - AFP

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) memaklumkan ia membatalkan rundingan dengan Taliban di Doha, Qatar selepas pemerintah Afghanistan itu menutup sekolah menengah untuk remaja perempuan.

Pembatalan itu diumumkan timbalan jurucakap Jabatan Negara, Jalina Porter pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Awal minggu ini, remaja perempuan kembali ke kelas buat kali pertama sejak Taliban kembali berkuasa pada Ogos lalu, namun diarah pulang hanya beberapa jam selepas sesi persekolahan di buka semula.

Keputusan itu dibuat selepas mesyuarat pada lewat Selasa yang dihadiri pegawai kanan Taliban di bandar Kandahar.

Iklan
Iklan

Rundingan AS-Taliban di Doha sepatutnya membuka lembaran baharu dalam hubungan politik antara kedua-dua negara. - AFP