KEJADIAN tembakan rawak di Christchurch, New Zealand, Jumaat lalu, telah memberi kesan kepada seluruh dunia.
Malah masyarakat dunia juga tidak henti-henti melahirkan rasa simpati dan sokongan mereka kepada umat Islam.
Sebagai sokongan, satu inisiatif untuk menunjukkan tanda solidariti kepada masyarakat Islam di Christchurch, wanita-wanita di sana diajak untuk memakai tudung pada hari ini.
Kempen dengan tanda pagar #headscarfforharmony dan #scarvesinsolidarity ini adalah bertujuan untuk menyokong dan mengalami 'kesakitan' dialami oleh masyarakat Islam ekoran tragedi yang berlaku di Masjid Al Noor di Deans Ave dan Linwood Masjid di Linwood Ave pada Jumaat, 15 Mac yang lalu.
Kempen memakai tudung ini dijalankan demi memberi penghormatan kepada masyarakat Muslim serta keluarga mangsa dalam tragedi berkenaan.
Hebahan kempen ini dibuat melalui entri di Facebook dengan memuat naik poster dalam halaman Facebook mereka pada Selasa.
Sementara itu, salah seorang pencetus gerakan ini, Thaya Ashman, dipetik laman Stuff berkata, ia bagi menunjukkan kasih sayang dan sokongan.
"Kami ingin menunjukkan kasih sayang dan sokongan kami dan meratapi kehilangan 50 ibu, bapa, anak, rakan sekerja dan rakan selepas serangan pengganas Jumaat lalu di Christchurch.
"Saya mendengar kisah seorang wanita yang takut lalu bersembunyi di rumah, terlalu takut untuk pergi ke jalan ketika dia merasakan hijabnya mengenalinya sebagai sasaran untuk keganasan. Saya mahu mengatakan 'kami bersama anda, kami mahu anda merasa rumah di jalan anda sendiri, kami suka, menyokong dan menghormati anda'," tambahnya.
Presiden Persatuan Muslim New Zealand, Ikhlaq Kashkari, menyifartkan inisiatif ini sebagai"idea yang hebat".
Selain itu para pemimpin Majlis Wanita Islam di New Zealand sangat tersentuh dengan gerakan ini dan berkata,"sikap perpaduan dan sokongan ini amat dihargai oleh masyarakat Islam."