AMK Perak ketengahkan 18 calon pilihan raya

Iklan
Mohamad Hairul Amir (dua dari kiri) bersama Tan Kar Hing (tiga dari kanan) melancarkan Kempen Pemuda Peduli di Pejabat PKR Perak di Ipoh.

IPOH - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak kemukakan 18 ahli dalam kalangan sayap itu untuk diketengahkan sebagai calon Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ketuanya, Mohamad Hairul Amir Sabri berkata, calon anak muda yang ditawarkan itu disifatkan sudah lama 'bekerja' dan dikenali masyarakat setempat.

Iklan
Iklan

"Mungkin mereka ini dilihat muda dan muka baharu tetapi sebenarnya berkelayakan dan berwibawa kerana sudah lama bergelumang dalam isu masyarakat di kawasan masing-masing.

"Bagaimanapun, ini cuma cadangan daripada AMK namun keputusan akhir nanti terletak kepada pucuk pimpinan menentukannya," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Kempen Pemuda Peduli AMK Perak di Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini pada Sabtu.

Iklan

Mengulas lanjut, beliau berkata, Kempen Pemuda Peduli yang dilancarkan itu merupakan satu resolusi yang dipersetujui bersama AMK Perak dalam memperjuangkan isu-isu melibatkan rakyat di negeri ini

"AMK Perak terus menjadi kumpulan barisan hadapan dalam memperjuangkan isu-isu rakyat dengan mengukuhkan muafakat dalam kalangan anggota dan memastikan gerak kerja tersusun di setiap cabang bagi melaksanakan tanggungjawab sosial lebih berkesan dan bersasar.

Iklan

"Kempen ini akan tertumpu kepada lima teras utama iaitu memfokuskan soal kebajikan, mengukuhkan semangat patriotisme, mewujudkan kesedaran politik dalam kalangan masyarakat, membentuk model ekonomi anak muda yang mapan dan pembinaan dasar pendidikan lebih manusiawi," katanya.

Sementara itu, Naib Pengerusi PKR, Tan Kar Hing berkata, parti itu berada pada fasa melatih jentera untuk berhadapan norma baharu ketika berkempen pada pilihan raya kelak.

"Melihat kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang telah dilaksanakan sebelum ini, kita perlu ada kepelbagaian kaedah dalam berkempen terutama penggunaan media sosial untuk mendekati rakyat.

"Kempen bersemuka dilihat lebih mudah namun dalam suasana baharu ini, jentera perlu melakukan persiapan dengan lebih menyeluruh," jelasnya.