Penunggang motosikal maut, saksi kemalangan dicari

Iklan

PETALING JAYA - Seorang penunggang motosikal meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Shah Alam akibat kemalangan di Jalan PJS 2 di sini pada 14 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dalam kejadian sekitar jam 5.30 petang itu, mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas sejurus tiba berhampiran Apartmen Medan Jaya di sini.

Iklan
Iklan

"Pada 25 Mac (Jumaat) polis menerima laporan berkenaan kemalangan yang melibatkan sebuah kenderaan iaitu motosikal jenis Honda Dash terbabas sendiri.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku pada 14 Mac jam lebih kurang 5.30 petang dan lelaki berusia 39 tahun itu disahkan meninggal dunia pada jam 8.40 malam pada 25 Mac ketika menerima rawatan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Mohamad Fakhrudin berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian dan sebab kematian.

Dalam pada itu, beliau memohon supaya saksi kejadian untuk tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Iklan

"Saksi kejadian boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Navalan Ravindran di talian 014 2536820 bagi membantu siasatan," ujarnya.