PRU15: Warisan belum putuskan calon di Semenanjung

Iklan
Mohd Shafie Apdal

KOTA KINABALU - Parti Warisan (Warisan) belum memutuskan calon-calon untuk kerusi di Semenanjung yang akan dikemukakan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, pihaknya ketika ini masih meneliti calon yang berpotensi bagi kerusi yang akan ditandingi Warisan.

Iklan
Iklan

"Kita tengah menganalisis, kita tengah meneliti calon-calon yang berpotensi di mana-mana kerusi yang kita nak tandingi dan saya tak boleh putuskan di sini.

"Saya akan bawa untuk pengetahuan majlis tertinggi dan biro politik yang ada. Saya pun sudah maklumkan kepada mereka, jelaskan tentang betapa penting asasnya," katanya pada sidang media di ibu pejabat Warisan di Kolombong hari ini.

Iklan

Jelasnya lagi, Warisan mahu memberikan pilihan kepada rakyat di negara ini namun beliau menyedari ia bukan mudah namun mereka harus bergerak ke hadapan.

"Kita kena pastikan parti kita dikenali dan kita meneliti secara mendalam mana kawasan negeri yang ada. Saya yakin ada beberapa negeri yang kita tidak perlu bertanding dengan mengenali demografi pengundi-pengundi yang ada.

Iklan

"Kita tidak mahu regangkan kekuatan kita dan kita tidak mahu kapasiti terbatas tetapi kita mahu berikan pilihan kepada rakyat Malaysia pada PRU15 ini," katanya.

Warisan merupakan parti yang berasal dari Sabah telah melebarkan sayapnya ke Semenanjung pada Disember lalu dan turut bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini.