MPP realisasi hasrat Malaysia baharu

Iklan
Aminolhuda (tengah) ketika hadir di Konvesyen MPP Kolej Vokasional Zon Johor 2019 di Kolej Vokasional Kota Tinggi.

KOTA TINGGI - Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) organisasi tertinggi pelajar di institusi pengajian tinggi mampu menjadi pengganti kepimpinan masa kini dalam usaha merealisasikan hasrat membangunkan negara Malaysia Baharu dan Johor Bestari.

Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan berkata, kepimpinan pelajar perlu sentiasa berpandangan jauh, berupaya meletakkan kecemerlangan matlamat besar dan perlu berusaha keras mempersiapkan diri bagi mengganti kepimpinan semasa.

Iklan
Iklan

"Saya difahamkan, Kolej Vokasional turut mempunyai organisasi MPP terdiri daripada barisan pemimpin dalam pelajar berpotensi tinggi.

"Tidak dapat dinafikan khususnya pemimpin pelajar bakal pengganti kepimpinan bagi merealisasikan hasrat membangunkan negara.

Iklan

"Justeru, penglibatan barisan MPP bagi setiap Kolej Vokasional memainkan peranan penting dalam merealisasikan hasrat kolej seterusnya mempertingkat dan memperkukuh kejayaan negara," katanya.

Beliau berkata demikian sempena Konvensyen MPP Kolej Vokasional Zon Johor 2019 di Kolej Vokasional Kota Tinggi, di sini.

Iklan

Jelasnya, mahasiswa sebagai modal insan negara hari ini adalah prospek barisan pemimpin negara pada masa depan.

Katanya, MPP merupakan salah satu organisasi pelajar tertinggi di Kolej Vokasional melahirkan pelajar yang mampu menjadi pemimpin dan individu cemerlang dalam segala aspek demi kebaikan semua pihak termasuk negara.

"Seorang pemimpin yang dilantik menganggotai MPP seharusnya mendukung penuh usaha meninggikan kesarjanaan serta menjunjung nilai-nilai keilmuan.

"Semua ahli MPP perlu berganding bahu dalam meletakkan ilmu dan pendidikan pelajar kolej sebagai tunjang utama perjuangan.

"Tanggungjawab pemimpin MPP juga seharusnya meletakkan nilai-nilai kerohanian serta memperkukuh jati diri dalam kalangan mereka dan seterusnya membantu membentuk jati diri pelajar-pelajar lain," katanya.