KUALA KUBU BHARU - Pegawai dan anggota sukarelawan polis sentiasa diletakkan dalam keadaan bersedia bagi memastikan rakyat negara ini dapat menikmati kehidupan yang aman.
Ketua Sukarelawan Polis Daerah (KSPD), Deputi Superintendan Nor Alian Anan berkata, sebagai pasukan bantuan, kemahiran kepolisan anggota perlu berada pada tahap tertinggi, termasuk kemahiran menembak.
Iklan
Iklan
"Bagi memastikan ini menjadi realiti, satu latihan menembak tahunan diadakan bertempat di Lapang Sasar Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor baru-baru ini.
"Latihan berkenaan turut disertai pegawai-pegawai kanan Sukarelawan Polis dan angota Sukarelawan Polis," katanya.
Dalam pada itu, pada latihan menembak kali ini, turut diadakan Majlis Jasamu Dikenang bagi Sarjan Mejar Sani Hassan yang akan bersara wajib tahun ini.