Cuti Hujung Minggu

Iklan

Beberapa pengunjung bersama keluarga dan rakan-rakan melakukan aktiviti bot kayuh semasa mengunjungi Tasik Taman Bandar, Kuantan pada cuti hujung minggu hari ini.

Tinjauan di taman awam dan tempat tumpuan umum mendapati bilangan pengunjung semakin bertambah semenjak kerajaan mengumumkan negara akan memasuki Fasa Peralihan Endemik bermula 1 April ini.

Iklan
Iklan

Orang ramai dinasihatkan agar terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang digariskan terutama pemakaian pelitup muka ketika berada di tempat tumpuan umum bagi mengekang penularan Covid-19. - Foto Bernama