Orang ramai yang mengunjungi tempat tumpuan pelancong di Lebuh Armenian di Georgetown hari ini, kebanyakannya teruja dengan kehadiran anggota polis yang memperagakan pakaian seragam lama sempena sambutan Hari Polis ke-215 yang diraikan semalam.
Pengunjung juga tidak melepaskan peluang untuk merakamkan gambar bersama anggota polis berkenaan untuk dijadikan kenangan. - Foto Bernama