HARRY Kane menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-78 bagi membolehkan England melakar kemenangan 2-1 ke atas Switzerland dalam perlawanan persahabatan di Stadium Wembley awal pagi Ahad.
Gol tunggal kapten Tottenham Hotspur itu juga menyaksikan penyerang The Three Lions itu kini menyamai rekod jaringan sepanjang zaman legenda England, Sir Bobby Charlton dengan 49 gol, di belakang Wayne Rooney (53).
Iklan
Iklan
Anak buah Murat Yakin terlebih dulu mendahului tuan rumah hasil jaringan Breel Embolo yang menyudahkan hantaran silang Xherdan Shaqiri pada minit ke-22.
Skuad Gareth Southgate yang tersentak dengan jaringan itu kembali memperkemaskan permainan menyaksikan penjaga gol The Three Lions, Jordan Pickford berjaya menafikan deretan percubaan pelawat melebarkan jaringan.
Tuan rumah akhirnya berjaya menyamakan kedudukan menerusi Luke Shaw pada minit ke-46 yang menterjemahkan hantaran pemain tengah Conor Gallagher.
Untuk rekod, perlawanan persahabatan itu sebagai pemanas badan menjelang kempen pusingan akhir Piala Dunia 2022 di Qatar tahun ini.
Artikel Berkaitan