Orang ramai bersama keluarga mengunjungi gerai makan serta menikmati suasana senja yang indah di kawasan pantai Ramsey Point.
Nama Ramsey Point adalah merujuk kepada dua peristiwa bersejarah yang berlaku di kawasan pantai tersebut pada masa penjajahan British dan zaman Perang Dunia Kedua.
Iklan
Iklan
Peristiwa pertama berlaku pada 24 Disember 1846, Kapten RN Mundy dari Kapal tentera Laut British HMS Iris telah memacakkan tiang bendera di pantai ini menandakan Labuan menjadi tanah jajahan British setelah Sultan Brunei dan Raja Muda Hashim menyerahkan Pulau Labuan kepada kerajaan British sebagai tanda persahabatan.
Kemudian pada 10 Jun 1946, kawasan ini sekali lagi menjadi pilihan pendaratan Tentera Bersekutu yang diketuai oleh Jeneral MacArthur, ketua pemerintah pasukan Tentera Bersekutu melancarkan serangan bagi merampas semula Labuan dan Borneo dari pendudukan tentera Jepun.
Dengan pelbagai kemudahan dan pembangunan oleh pihak berkuasa tempatan, kini kawasan bersejarah itu lebih dikenali serta menjadi kawasan tumpuan yang lebih sesuai dan selesa kepada pengunjung sebagai tempat beriadah, berkelah dan makan bersama keluarga.