ADUN Kempas dilantik Setiausaha Politik MB Johor

Iklan
Onn Hafiz (kiri) bersama Ramlee yang mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Johor, pada Ahad. - Foto ihsan Facebook Menteri Besar Johor

ISKANDAR PUTERI - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Ramlee Bohani dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkuat kuasa pada Ahad.

Ramlee mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Onn Hafiz di Pejabat Menteri Besar Johor di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar di sini.

Iklan
Iklan

"Selamat menjalankan tugas YB Dato'," tulis Onn Hafiz menerusi entri terbaharu dalam Facebook miliknya, pada Ahad.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, baru-baru ini, Ramlee memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas dalam persaingan empat penjuru.

Iklan

Pada 15 Mac, Onn Hafiz yang merupakan cicit kepada pengasas dan Presiden UMNO, Datuk Onn Jaafar, dilantik menjadi Menteri Besar Johor.

Onn Hafiz adalah Naib Ketua Bahagian UMNO Simpang Renggam, yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini.

Iklan

Beliau menggantikan Datuk Seri Hasni Mohammad, yang dilantik sebagai Menteri Besar ke-18 pada 28 Februari 2020.