Geran Keluarga Tunggal PBSMM bantu beri modal perniagaan

Iklan
Rina ketika berucap semasa Pelancaran Geran Keluarga Tunggal Malaysia Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) 2022

SHAH ALAM - Geran Keluarga Tunggal Malaysia Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) 2022 dilancarkan bagi membantu golongan tersebut dengan menambah modal dan menjadi modal pemula perniagaan.

Majlis tersebut telah dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun pada Ahad.

Iklan
Iklan

"Mereka yang terpilih akan diberi latihan dan pemantauan oleh mentor-mentor yang akan dipilih kelak sehingga perniagaan mereka menampakkan hasil yang positif dan boleh berdikari.

"Walau bagaimanapun, PBSMM akan terus memantau keluarga tunggal ini agar mereka tidak terlepas dari mana-mana bantuan seterusnya,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Ahad.

Iklan

Mengulas lanjut, Rina berkata, PBSMM telah menerima sumbangan keseluruhan dana daripada pihak Shell Malaysia sebanyak RM 1.7 juta dan RM150,000 akan digunakan bagi memulakan inisiatif tersebut.

"Terima kasih atas kesudian Pengerusi Kebangsaan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang juga Tunku Temenggong Kedah.

Shell Malaysia menyumbangkan RM150,000 bagi memulakan Geran Keluarga Tunggal Malaysia PBSMM.

Iklan

"Tunku Puteri Intan Safinaz telah memperuntukkan kuota Geran Keluarga Tunggal atau ‘Single Parent Grant’ khas kepada 10 individu di Parlimen Titiwangsa,” ujarnya.

Rina turut berharap agar lebih banyak syarikat korporat tampil membantu dan menyumbang kepada usaha murni PBSMM supaya lebih banyak keluarga tunggal di Malaysia dapat dibantu.