Mercun, bunga api RM4.17 juta dirampas

Iklan
Mercun bernilai RM4.17 juta yang dirampas dalam serbuan berasingan pada Rabu. Gambar kecil: Beh Eng Lai

KUALA LUMPUR - Polis merampas mercun dan bunga api yang diseludup bernilai RM4.17 juta serta menahan lima lelaki disyaki terlibat dalam penyeludupan bahan itu melalui serbuan berasingan Rabu lalu.

Kesemua lelaki warga tempatan itu ditahan di sebuah gudang dan rumah di Kepong oleh sepasukan polis dari cawangan Perisikan dan Siasatan Khas Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, sindiket itu dipercayai mendapatkan bekalan mercun dan bunga api dari China sebelum diseludup menggunakan kapal kontena yang berlabuh di Pelabuhan Klang.

"Serbuan pertama di sebuah gudang di Kepong menemui 712 kotak mercun dan bunga api dan wang tunai berjumlah RM12,900," katanya dalam sidang akhbar di stor barang kes Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini pada Ahad.

Iklan

Susulan itu katanya, polis menyerbu sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Kepong dan merampas 347 kotak serta 35 guni berisi mercun dan bunga api.

"Kedua-dua premis dipercayai dijadikan sebagai lokasi penyimpanan sementara sebelum dijual di sekitar Lembah Klang," ujarnya.

Iklan

Menurutnya, semakan mendapati dua suspek mempunyai rekod jenayah dan kesemua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1987 kerana menyimpan dan menjual bahan letupan," katanya.