Biarkan duka solat Jumaat berakhir

Iklan
Orang ramai membanjiri Padang Hagley Selatan bagi menunaikan solat Jumaat. Foto: Rahasnan Abdul Rashid

CHRISTCHURCH - NEW ZEALAND. Jumaat lepas, dunia dikejutkan dengan insiden tembakan di Masjid Al Noor, di sini, mengorbankan 50 nyawa umat Islam.

Tragedi hitam itu meruntun hati ramai pihak dan hari ini, ramai umat Islam berkumpul di Padang Hagley Selatan, di sini, bagi menunaikan solat Jumaat kira-kira jam 1.35 petang tadi (waktu tempatan).

Iklan
Iklan

Ternyata insiden berdarah pada minggu lepas tidak sedikit pun menggoncang semangat penduduk di sana untuk terus beribadah.

Orang ramai membanjiri Padang Hagley Selatan bagi menunaikan solat Jumaat. Foto: Rahasnan Abdul Rashid

Menurut Rahasnan Abdul Rashid, 57, solat Jumaat di padang tersebut akan diimamkan oleh Imam Fouda.

Iklan

Rahasnan merupakan abang kepada Nazril Hisham Omar, rakyat Malaysia yang cedera dalam insiden pada Jumaat lepas.

Tambahnya, padang Hagley Selatan terletak berhampiran dengan Masjid Al Noor, masjid di mana berlakunya tragedi berdarah menggemparkan dunia pada Jumaat lepas.

Iklan
Orang ramai membanjiri Padang Hagley Selatan bagi menunaikan solat Jumaat. Foto: Rahasnan Abdul Rashid