Boling anak perantau erat silaturahim

Iklan
Faizal (barisan kedua, lima dari kiri), bersama sebahagian peserta kejohanan berkenaan. Foto: KPMM/TRWLK

PENGANJURAN Kejohanan Boling Anak Perantau Kelab Penyokong Pahlawan Merah Malaysia (KPMM)/The Red Warriors (TRW) Lembah Klang diharap dapat menarik lebih ramai penyertaan khususnya melibatkan anak-anak perantau dari Kelantan pada masa depan.

Menurut Presiden Kelab Penyokong TRW Lembah Klang, Faizal Hasbi, kejohanan berkenaan juga diharap dapat mempelbagaikan lagi aktiviti dalam kalangan penyokong, selain membantu mengeratkan ikatan silaturahim.

Iklan
Iklan

"Kita sangat berharap agar kejohanan ini yang sudah pun masuk edisi keenam penganjurannya dapat menarik lebih ramai peserta pada masa akan datang.

"Alhamdulillah, selesai sudah Kejohanan Boling Anak Perantau KPMM/TRWLK 2022 kali ini yang disertai seramai 168 peserta daripada anak-anak perantau negeri Kelantan di sekitar Lembah Klang bagi sesi 2022.

Iklan

"Secara keseluruhannya, kejohanan ini bakal dianjurkan setiap tahun dan diharapkan ia bakal berterusan selepas ini,” katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.

Pasukan Hardcore bersama medal yang dimenangi pada kejohanan berkenaan. - Foto: KPMM/TRWLK

Kejohanan Boling Anak Perantau KPMM/TRWLK kali keenam di Ole-Ole Superbowl, Seksyen 18, Shah Alam pada Ahad, menyaksikan pasukan Hardcore muncul juara sekali gus membawa pulang hadiah RM1,000 berserta piala serta cenderahati.

Iklan

Untuk rekod, kejohanan berlangsung dalam dua sesi menyaksikan perasmian sesi pagi disempurnakan oleh Timbalan Presiden Kelantan United FC yang juga Pengurus Kelantan United FC, Datuk Zamri Ismail.

Sementara perasmian sesi petang disempurnakan oleh Muhammad Abd Munib bagi mewakili Timbalan Menteri Agama, Datuk Ahmad Marzuki Shaary.

Sementara itu, Faizal mengharapkan agar kejohanan berkenaan bakal menawarkan hadiah termasuk nilai wang tunai yang lebih besar pada masa hadapan.

"Insya-ALLAH, pada masa hadapan, kami mengharapkan agar kejohanan ini akan disertai oleh 300 hingga 400 peserta. Malah, kami akan turut menawarkan hadiah termasuk wang tunai yang lebih besar kelak,” katanya.