Banyak lagi kerja rumah perlu dilakukan

Iklan
Aksi Krasniqi ketika perlawanan Malaysia menentang Singapura di Stadium Nasional, Singapura pada Sabtu.

PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan-gon perlu melakukan lebih banyak kerja rumah selepas kekalahan 1-2 kepada Singapura dalam perlawanan persahabatan Siri Tiga Negara di Stadium Nasional pada Sabtu.

Menurut penganalisis bola sepak negara, Azlan Johar, kekalahan dalam perlawanan derbi itu secara tidak langsung memberikan gambaran realiti sebenar kemampuan Harimau Malaya pada ketika ini.

Iklan
Iklan

Malah tegasnya, kekalahan kepada The Lions kendalian kendalian Nazri Nasir secara keseluruhannya memberikan menonjolkan lagi hakikat beberapa aspek kelemahan yang perlu diperbaiki segera pengendali berusia 52 dari Korea Selatan tersebut.

"Sejujurnya saya kecewa sebab dalam perlawanan menentang Singapura ini nampak ketara sangat para pemain Malaysia berdepan kepayahan menewaskan tuan rumah, sedangkan kalau ikut ranking dunia Singapura berada di bawah kita.

Iklan

"Lagi pun ketika mengalahkan Filipina tempoh hari, para pemain negara telah memberikan para penyokong harapan dan sinar baharu untuk bola sepak negara, namun apabila berdepan Singapura, secara tiba-tiba persembahan dalam kalangan pemain merudum.

"Saya tak boleh cakap pasal persembahan, cuma apa yang boleh saya katakan memang banyak kerja rumah perlu segera dilakukan oleh Pan-gon selepas ini kerana dia baru tahu inilah realiti para pemain Malaysia yang masih banyak kekurangannya,” katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.

Iklan

Pada perlawanan itu Singapura terlebih dulu mendahului menerusi Ikhsan Fandi pada minit ke-30 untuk membolehkan The Lions kendalian Nazri Nasir mendahului pada babak pertama perlawanan.

Bersambung babak kedua, Harimau Malaya kembali garang apabila menyamakan kedudukan menerusi Liridon Krasniqi dengan gol pada minit ke-57, sebelum Ikhsan menoktahkan kebangkitan pelawat dengan gol kedua peribadinya pada minit ke-76.

Dalam masa sama, Azlan turut menyuarakan rasa bangga terhadap pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi yang sudah mula menemui sentuhan jaringan.

Selain itu, katanya, dia juga tertarik kemampuan pemain warisan, Dion Cools yang beraksi di benteng pertahanan sering naik ke atas bagi membantu bahagian serangan.

"Perkara-perkara ini satu perkembangan yang baik dan diharapkan ia berterusan selepas ini.

"Lagi pun sebagai pemain antarabangsa seperti Cools, overlapping sering dilakukan bagi membantu serangan dan malah, selalu diperkatakan menyerang adalah cara bertahan paling baik dan mungkin itu mahu dilakukan Cools,” katanya.