WHO rekod 72 serangan sasar kemudahan kesihatan Ukraine

Iklan
Guterres. Foto EPA

MOSCOW - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merekodkan sebanyak 72 serangan mensasarkan institusi penjagaan kesihatan yang menyebabkan 71 kematian sejak operasi ketenteraan Rusia di Ukraine bermula, kata setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Ahad.

"Hak untuk penjagaan kesihatan mesti dilindungi," kata António Guterres menerusi media sosial, lapor Sputnik.

Iklan
Iklan

Rusia berulang kali menuduh pasukan separa tentera Ukraine menggunakan infrastruktur awam untuk menyerang kedudukan tentera Rusia, termasuk menjadikan hospital dan bangunan kediaman sebagai lokasi strategik melepaskan tembakan. - Bernama

Iklan
Iklan