Tidak mahu lihat projek sakit: Tengku Hassanal

Iklan
Tengku Hassanal berkenan menyempurnakan sesi pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal ke-5 Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang kali ke-14 di Wisma Sri Pahang pada Isnin.

KUANTAN - Kerajaan Pahang diminta mempercepatkan pelaksanaan projek yang diluluskan di negeri itu

Iklan
Iklan

bagi mengelak projek sakit di negeri ini.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al -Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bertitah, pelaksanaan projek perlu mematuhi peraturan dan tatacara sedia ada.

Iklan

"Saya tidak mahu melihat projek sakit atau lambat pelaksanaannya di Pahang.

"Jadi, setiap peruntukan yang diterima perlu dibelanja dengan cepat dan betul supaya rakyat dapat menerima manfaat yang sebaiknya," titah baginda pada sesi pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal ke-5 Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang kali ke-14 di Wisma Sri Pahang pada Isnin.

Iklan

Menyentuh pelaksanaan projek Persekutuan di negeri ini, baginda bertitah, kerajaan Pahang dan Persekutuan perlu bekerjasama bagi melaksanakan projek yang mendesak di bawah Rancangan Malaysia ke-12 serta berimpak tinggi.

Titah baginda, projek terbabit termasuk tebatan banjir dan pembangunan sistem amaran bencana serta penambahbaikan sistem saliran di lokasi berisiko tinggi berlaku bencana.

Selain itu, baginda bertitah, yakin sektor pendidikan merupakan elemen signifikan dalam pembangunan modal insan di Pahang.

Justeru, baginda mahu melihat institusi pendidikan antara terbaik di Malaysia dan di dunia.

"Kerajaan saya (Pahang) perlu menetapkan misi dan visi untuk menjadikan negeri ini mempunyai sekolah, kolej,universiti dan pusat tahfiz yang terbaik

"Perkara ini tidak mustahil boleh dicapai dengan strategi pelaksanaan yang betul dan komitmen tinggi daripada semua pihak," titah baginda.

Selain itu, baginda berbangga dengan usaha dan tindakan proaktif kerajaan Pahang yang dipimpin Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail kerana berjaya membawa pelaburan baharu ke Pahang melibatkan RM5.5 bilion awal tahun ini.

Tengku Hassanal bertitah, pelaburan itu melibatkan syarikat pelaburan dari Singapura, China, Thailand dan Korea Selatan.

"Pelaburan ini mesti diurus dengan baik supaya dapat memberi manfaat melalui peluang pekerjaan atau limpahan ekonomi kepada rakyat," titah baginda lagi.