Sultan Selangor berkenan lawat ICL Hospital Serdang

Iklan
Sultan Sharafuddin Idris Shah (depan, dua kiri) berkenan mencemar duli melawat Makmal Invasif Kardiologi Hospital Serdang, pada Isnin. Turut kelihatan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Foto Bernama

SERDANG - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan berangkat melawat Makmal Invasif Kardiologi (ICL) yang menjadi pusat rujukan utama bagi perkhidmatan kardiologi dan kardiotorasik kebangsaan, di sini.

Baginda tiba di Hospital Serdang yang menempatkan makmal berkenaan pada 10 pagi dan meluangkan masa hampir satu setengah jam di fasiliti berkenaan yang beroperasi sejak 2016.

Iklan
Iklan

Turut mengiringi lawatan sulung baginda ke hospital itu ialah Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

ICL juga aktif dalam memberikan rawatan kecemasan kepada pesakit serangan jantung dengan mempelopori rangkaian ST-elevation myocardial infarction (STEMI).

Iklan

Makmal berkenaan juga telah menjalankan lebih 50,000 prosedur invasif jantung termasuk angiogram dan angioplasti, implantasi perentak jantung, prosedur elektrofisiologi dan prosedur penyakit struktur jantung.

Sultan Sharafuddin turut diberi sembah taklimat mengenai pembangunan fasiliti kesihatan negeri Selangor yang disampaikan Khairy. - Bernama

Iklan