Imran anjur himpunan besar sebelum berdepan usul undi tidak percaya

Iklan
Imran

NEW DELHI - Perdana Menteri, Pakistan Imran Khan pada Ahad berucap di perhimpunan besar-besaran di Islamabad susulan undi tidak percaya terhadapnya dikemukakan di Parlimen.

Dalam ucapannya yang panjang lebar, pemimpin Parti Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) itu menyuarakan visinya untuk menjadikan Pakistan lebih kukuh daripada segi ekonomi dan berikrar melaksanakan dasar luar yang bebas serta memerangi rasuah.

Iklan
Iklan

Imran yang menjadi Perdana Menteri pada 2018, berkata terdapat cubaan anasir luar untuk melemahkan kerajaannya.

"Kami tidak akan tunduk kepada sesiapa,” katanya.

Iklan

Beliau mendakwa cubaan memanipulasi dasar luar Pakistan sedang diatur dari luar negara.

"Kami telah mengetahui tentang konspirasi ini sejak berbulan-bulan,” katanya.

Iklan

Kerajaan Imran berdepan cabaran paling serius daripada parti pembangkang utama negara itu.

Parlimen Pakistan dijangka mengundi usul berkenaan bagi menentukan sama ada kerajaan mempunyai majoriti dalam badan perundangan 342 kerusi itu.- Bernama