SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan bahawa status digital vaksinasi hanya akan bertukar tidak lengkap dan bukan dihilangkan daripada aplikasi MySejahtera bagi penerima vaksin primer Sinovac yang belum mendapatkan suntikan dos penggalak.
Sehubungan itu, KKM memaklumkan, mesej yang tular di media sosial baru-baru ini adalah palsu.