Hentikan pembaziran makanan

Iklan
Gambar hiasan

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menzahirkan kebimbangan terhadap tahap pembaziran makanan di negara ini terutama menjelang Ramadan.

Baginda bertitah, dilaporkan setiap hari, sejumlah 17,000 tan sisa makanan yang boleh mengisi perut tiga juta rakyat telah dilupuskan dan daripada jumlah itu, 4,080 merupakan makanan yang dibazirkan.

Iklan
Iklan

"Jumlah tersebut meningkat 10 peratus pada bulan Ramadan.

"Angka-angka tersebut membayangkan betapa seriusnya perbuatan pembaziran makanan yang sedang berlaku.

Iklan

"Data di peringkat global juga menunjukkan nilai makanan yang dibazirkan mencecah 2.4 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar dunia," titah baginda sempena perasmian Mesyuarat Pertama Tahun Kelima Dewan Negeri Perak ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Isnin.

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak berlangsung selama tiga hari bermula Isnin dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagai langkah kawalan pencegahan Covid-19.

Iklan

Sultan Nazrin bertitah, manusia perlu dididik dengan nilai menghargai makanan dan disemai dengan budaya tidak membazirkan makanan.

Titah baginda, kerajaan Perak terutama jabatan-jabatan kerajaan wajiblah menunjukkan contoh teladan yang baik dengan mengambil langkah-langkah bermakna menghentikan pembaziran ini.

"Bermula daripada menempah kuantiti makanan dalam majlis dan acara yang diadakan dan semasa berlangsungnya perjumpaan atau mesyuarat.

"Setiap isi rumah, sekolah, maktab dan universiti, masjid dan rumah ibadat, serta operator makanan, restoran dan hotel wajib mengamalkan budaya tidak menyediakan makanan secara berlebihan yang hanya berakhir di dalam tong sampah," titah baginda.