Ariffin Ismail, 75, mengerahkan kudrat mencari rezeki dengan mengutip barangan terbuang menggunakan becanya. Menjadi rutin harian, bermula jam 10 pagi Ariffin mengayuh beca untuk mengutip kotak lama, plastik dan tin minuman terbuang sekitar Manir hingga ke Jalan Pulau Musang.
Menurutnya, dia mampu memperolehi antara RM10 hingga RM25 hasil jualan barangan terpakai ini sehari. Namun bergantung hasil yang diperolehi. - Foto Bernama